Wednesday, April 17, 2024

Tim Cook Mengacah Pengenalan Produk Baharu – iPad Baharu Akan Diperkenal Hari Ini?

Tim Cook, CEO Apple kini mengacah pengenalan sesuatu yang baharu melalui media sosial – dimana kita mungkin melihat pengenalan tablet terbaru daripada Apple secara rasminya seawal hari ini.

Perkongsian ini hadir selari laporan beberapa hari lepas mengatakan Apple akan memperkenal produk baharu mereka dalam masa terdekat.

Buat masa ini, Tim Cook tidak mengatakan apakah yang bakal diperkenalkan. Tetapi, gambar acah yang diperlihatkan menyertakan sejumlah nukilan gambar, dan ia di zum beberapa kali sehingga memaparkan teks “Take Note” melalui Apple Pencil, sekaligus menandakan ia adalah produk iPad terbaru.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengumuman baharu Apple dalam beberapa jam lagi.