APA sudah jadi mummy Mas Idayu? Majlis nikah baharu sahaja berlalu. Macam main couple-couple aje.
Rasanya inai di jari masih merah lagi kot. Tak kan sudah ada retak-retak seribu macam siput retak seribu di lautan. Makin dilarang tangguk, makin giat nelayan menangguk secara haram siput retak seribu ini.
Mas Idayu… siapa yang tak kenal dengan penyanyi genre dangdut yang mulutnya tajam berbisa apabila melontarkan kata-kata komen terhadap peserta nyanyian.
Populariti yang dicipta oleh Mas Idayu bukan sekejap dan kisah peribadi beliau tidak dipaparkan secara berleluasa.
Ibu kepada seorang anak perempuan ini gigih bekerja dalam industri hiburan untuk mencari rezeki.
Memang tabik kepada kegigihan Mas Idayu sehingga pernah diundang sebagai juri dalam sebuah pertandingan atau acara lomba Dangdut di Indonesia.
Berusia setengah abad, Mas Idayu bertemu jodoh buat kali kedua. Dengan harapan, membuka lembaran baharu, tak sampai seminggu bergelar status daripada janda kepada isteri orang, tup tup… berita mengejutkan apabila menerusi laman Instagram (IG) nyga, memberi gambaran ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Biarpun tiada kenyataan rasmi yang keluar dari mulut Mas Idayu tetapi kiasan yang dicatat dalam IGnya membawa maksud yang mendalam.
Pandai-pandailah baca maksud yang tersirat, bukan yang tersurat.
“Berselindung di sebalik senyum dan tawa… I’m okay.” Itu catatan Mas Idayu.
Andaikata konotasi yang dibuat berdasarkan sebaris ayat di atas membawa pengertian perceraian tetapi sebaliknya, janganlah Mummy Mas Idayu menyahang-nyahang! – REFLEKS