Monday, December 4, 2023

Riza Rich Realty Buka Peluang Orang Ramai Terokai Bidang Hartanah Di Malaysia

Atas permintaan yang sangat menggalakkan, Riza Rich Realty terus membuka peluang untuk orang ramai menerokai bidang hartanah di Malaysia.

Menyedari bilangan projek perumahan juga bertambah, Riza Rich Realty tampil menganjurkan Kursus Induksi 4.1 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kursus Induksi 4.1 adalah kesinambungan daripada program terdahulu selain merupakan langkah awal bagi seseorang individu yang mahu bergelar perunding hartanah.

Menerusi Kursus Induksi 4.1 anjuran Riza Rich Realty, peserta berpeluang untuk:

  • Membina rangkaian rakan bisnes dari pelbagai negeri dalam negara
  • Bercakap, berhubung dan bertanya soalan yang membelengggu fikiran berkait dengan hartanah kepada pegawai insuran dan bank yang berpengalaman

  • Mengetahui kaedah serta gerak-kerja yang dianjurkan oleh pihak syarikat dalam proses jual-beli hartanah
  • Mendapat maklumat tentang projek-projek perumahan semasa yang sedia ada dan sedang dibangunkan

  • Mencabar diri dengan menjual lebih 10 projek perumahan sedia ada kepada pelanggan yang berminat selepas berakhir Kursus Induksi 4.1
  • Mengambil bahagian dalam membuat jualan untuk mendapatkan komisyen tertentu yang bernilai RM1,000 ke atas bagi sebuah rumah

Kursus Induksi 4.1 berlangsung selama dua hari bermula 25 dan 26 November 2023 dari pukul 8 pagi sehingga 6 petang dengan penglibatan banyak panel yang penting.

Ia bukan program bersifat sehala kerana sejurus selesai menyertai Kursus 4.1 ini, para peserta sudah boleh menjual rumah yang ditawarkan Riza Rich Realty.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai Kursus Induksi 4.1 dengan yuran RM250 termasuk makan dan minum boleh hubungi Akyem Samad di talian 011-17117086.

Peluang ini terbuka kepada semua golongan sama ada pelajar, surirumah, pekerja awam dan staswa yang mempunyai visi dan misi untuk mencari duit lebih demi masa hadapan.

Klik Untuk Daftar Kursus Induksi 4.1 Di Sini