Tuesday, February 27, 2024

Makcik Kemboja tidak mengaku salah hina orang melayu

Umpama baling batu sembunyi tangan ungkapan untuk Makcik Kemboja dan anak lelakinya yang tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas tuduhan menghina orang melayu ‘Malayu Malas’ di media sosialnya.

Peniaga wanita, Mariyah Yaakob mengeluarkan kenyataan dan memulakan komunikasi video jelik mendakwa orang Melayu adalah pemalas pada bulan lalu.

TANGKAP layar dari video tular Makcik Kemboja.

Tertuduh, Mariyah Yaakob yang berada di kandang pesalah teragak-agak ketika disoal jurubahasa sama ada faham atau tidak pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu dan terpaksa dibantu peguamnya, Kamal Hisham Jaafar.

Kemudian mengangguk faham dan menjawab ‘tidak mengaku bersalah’ dalam prosiding didengar Hakim Mohd Sabri Ismail.

Mariyah didakwa melakukan kesalahan di bawah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 505© Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, anak lelakinya, Ezuan Hafsham Mohd Hisyam, 22, yang juga Pengarah Mariyah Holding turut tidak mengaku bersalah atas tuduhan secara sedar menggunakan aplikasi TikTok di alamat sama dengan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video yang memaparkan ibunya mengatakan kenyataan jelik itu antara 14 hingga 16 November lalu.

Anak lelakinya, Ezuan Hafsham Mohd Hisyam

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Artikle Berkaitan :>

Makcik Kemboja hina orang Melayu malas didakwa di mahkamah