Monday, March 4, 2024

Beli Tanah Banglo RM100K Di Perak, Pemaju Sewa & Bayar One Shot RM20K

Bagi anda yang kerap lalu-lalang di Teluk Intan, Perak, pastinya anda sering kali ternampak projek perumahan yang sedang dibangunkan oleh Lagenda Properties.

Lagenda Properties merupakan sebuah syarikat pemaju yang tersohor di Perak dan Riza Rich Realty tampil membantu sebagai perunding hartanah.

Akyem Samad, perunding hartanah Riza Rich Realty berkata, selain projek perumahan, Lagenda Properties turut menawarkan tanah lot banglo untuk dijual.

“Tanah lot banglo ini dijual pada harga RM100,000. Jika pembeli seorang penjawat awam, mereka cuma perlu membayar sekitar RM400 setiap bulan.

“Kami di Riza Rich Realty akan membantu penjawat awam membeli tanah tersebut menggunakan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA),” katanya.

Akyem Samad berkata demikian dalam satu temubual berkait tujuh projek perumahan popular yang murah harganya berbanding di negeri lain.

Mengulas lanjut tentang skim LPPSA, ia bukan sahaja menawarkan pinjaman penuh 100 peratus malah kadar bunga yang dikenakan kekal statik pada 4 peratus.

“Sebanyak 200 unit tanah lot banglo dengan saiz 50′ X 90′ dibuka untuk pemilikan dan orang ramai termasuk penjawat awam boleh memilikinya.

“Dalam eri kata lain, walaupun gaji cuma RM1,800 dan tiada komitmen besar yang berlebih-lebihan, ia sudah merupakan satu potensi yang cukup bagus,” katanya.

Ujar Akyem lagi, bagi warga Perak yang ingin membeli tanah lot banglo tersebut, boleh berhubung menerusi pautan Perak Sana Sini di bawah:

https://wa.link/q9ctlf