Tuesday, March 5, 2024

Kumpulan Raudhatul Ashwaq juara Pentas Marhaban episod 4

KUMPULAN Raudhatul Ashwaq telah berjaya menjadi juara mengalahkan kumpulan Shoutul Huffaz pada episod ke 4 ‘Pentas Marhaban’ yang telah berlangsung malam tadi di Studio Penyiaran Digital TV AlHijrah, Kuala Lumpur.

Pantas Marhaban merupakan program realiti TV yang mengangkat kebudayaan seni suara dalam Islam seperti seni berjanzi, marhaban dan qasidah sebagai hiburan kekeluargaan di kaca televisyen.

Program realiti ini berkonsepkan kalah mati. 12 kumpulan dipecahkan kepada 2 kumpulan bagi setiap episod Pentas Marhaban iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Hanya dua kumpulan akan bertanding bagi setiap episod pada Sabtu, jam 9 malam bermula 18 November 2023, selama 8 minggu siaran

Perkataan Marhaban berasal daripada perkatan Arab ‘ahlan wa sahlan’ yang membawa maksud ucapan ‘selamat datang’ mengalu-alukan kedatangan tetamu.

Marhaban adalah syair yang sering dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian dan keraian seperti majlis perkahwinan, naik buaian/berendoi, cukur jambul bayi, majlis aqiqah, dan meraikan bulan Syawal dalam takwim Islam.

Kumpulan Sout El Habib menyampaikan Selawat Medley sebagai persembahan pembukaan Pentas Marhaban Episod 4

Antara syair yang paling popular adalah dari kitab ‘berzanji’ disamping kitab-kitab lain seperti Maulid AdDiba’I, Maulid Al-Habshee dan Qasidah burdah. Marhaban dialunkan sambal berdiri dengan penuh semangat sebagai tanda hormat kepada baginda Rasulullah S.A.W.

Markah kumpulan tertinggi pada setiap minggu akan diadili oleh dua orang juri tetap. Bagi episod 4 ini Ustazah Sharifah Khasif mengganti tempat Ustazah Asni Mansor digandingkan dengan Ustaz Zulhafis lebih dikenali sebagai Along Gambus juga bersama Juri Jemputan Farihin Abd. Fatah.

Kumpulan Shoutul Huffaz menyampaikan persembahan pada episod 4 Pentas Marhaban TV AlHijrah

Persembahan pembukaan mantap Pentas Marhaban Episod 4 ini disempurnakan oleh Kumpulan Sout El Habib dengan menyampaikan Selawat Medley.

Kumpulan Raudhatul Ashwaq telah berjaya mengalahkan kumpulan Shoutul Huffaz selepas membuat satu persembahan bebas dan Rawi 4, manakala kumpulan Shoutul Huffaz membuat satu persembahan bebas dan Rawi 1.

Juara setiap episod Pentas Marhaban akan membawa pulang wang tunai RM2,500 dan akan layak ke peringkat separuh akhir.

TV AlHijrah berkeyakinan bahawa Pentas Marhaban yang diterbitkan secara kreatif, bersifat malar segar, sesuai dengan selera dan penerimaan masyarakat mampu melahirkan masyarakat penonton yang berjiwa tauhid dalam kerangka dan batas syariat.

Antara barisan juri Pentas Marhaban episod 4, dari kiri: Ustazah Sharifah Khasif, Ustaz Zulhafis lebih dikenali sebagai Along Gambus bersama Juri Jemputan Farihin Abd. Fatah.

Program Pentas Marhaban episod 4 ini dihoskan oleh Tilmiz Fahmi dan Syamsul Ghau Ghau serta Ashrudy Borhan selaku penerbit rancangan.

Maklumat lanjut serta perkembangan terkini rancangan Pentas Marhaban boleh didapati di laman sesawang TV AlHijrah, laman media sosial TV AlHijrah, portal Alhijrahnews.com serta portal HBIT.my.REFLEKS!

Baca ini > Sinar Marhaban juara episod 1 Pentas Marhaban TV AlHijrah