Saturday, April 13, 2024

Bunga Seraya Tampilkan Kebarung Edisi Khas Rumah Pendekar

Dalam usaha memartabatkan fesyen wanita di alam Melayu, Bunga Seraya, sebuah syarikat fesyen tanah air menampilkan kebarung edisi khas Rumah Pendekar.

Bunga Seraya dalam satu kenyataan berkata, kebarung edisi khas Rumah Pendekar dicipta khusus untuk wanita yang mementingkan keselesaan dan kecantikan.

“Penggunaan Korean cotton dyeing boleh membuatkan pemakai kurang berpeluh kerana material kain tersebut direka dengan sistem pengudaraan yang baik selain sesuai untuk dipakai dalam khatulistiwa Malaysia.

“Maka dengan harga RM250, pembeli bukan sahaja berpeluang menikmati pakaian yang berkualiti malah aneka warna yang dipilih untuk edisi khas Rumah Pendekar ini juga merupakan antara warna yang dijangka viral pada 2024,” kata Bunga Seraya.