Monday, March 4, 2024

Mark Adam jalin kolaborasi bersama label muzik Indonesia

PENYANYI dan pelakon terkenal tanahair, Mark Adam, telah berangkat ke Jakarta, Indonesia untuk memenuhi tuntutan kerja selama 3 hari mulai semalam.

Beliau ke Jakarta untuk berkolaborasi dengan label muzik Indonesia, TA PRO, yang membawakan artis-artis popular di Indonesia seperti Maulana Ardiansyah, Dara Ayu dan Trio Macan.

TA Pro yang turut terkenal dengan video-video viral artis ‘duo’ dangdut berkebaya mereka di Tiktok, telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Mark Adam yang juga merupakan artis Erama Entertainment dalam menghasilkan empat lagu ‘cover’ yang menampilkan artis-artis TA PRO, Maulana Ardiansyah dan Dara Ayu.

Kerjasama ini adalah bertujuan untuk membawa Mark Adam menembusi pasaran Indonesia dan sekaligus mempromosi artis-artis TA PRO di Malaysia. Untuk perkembangan lanjut dan terkini, anda boleh mengikuti platform Instagram dan Tiktok Erama Entertainment di @eramaent. – REFLEKS!