Saturday, April 13, 2024

Tidak mahu isytihar aset menara Ilham Tun Daim disita oleh SPRM

Sebuah bangunan yang mempunyai komersial tinggi yang terletak di tangah bandar Kuala Lumpur disita oleh Suruhajaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana keengganan Tun Daim isytihar asetnya.

Notis penyitaan itu telah dikeluarkan pada 18 Disember lalu dan ditandatangani oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib namun Tindakan menyita itu dilakukan pada hari ini.

Menara Ilham milik Tun Daimdisita

Menurut laporan media, tindakan itu dibuat selepas tokoh korporat itu enggan mematuhi arahan SPRM bagi mengisytiharkan pegangan kewangan miliknya dan keluarganya.

Ia berikutan isu siasatan antipengubahan wang haram transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion pada November 1997 yang membabitkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM).

Menurut Berita Harian, Siasatan itu kesinambungan daripada pendedahan dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.

Susulan itu, SPRM pada Jun lalu membekukan akaun bank berjumlah lebih RM39 juta antara lain membabitkan milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar ‘Tan Sri’ dan ahli keluarga mereka.

Pembekuan itu membabitkan 192 akaun bank, merangkumi 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu.
Bagaimanapun tiada sebarang makluman dinyatakan SPRM mengenai punca bangunan milik keluarga Daim itu disita sebagai harta tak alih pada Isnin lalu mengikut Seksyen 38(1) Akta SPRM 2009. Susulan notis itu, sebarang urusan mengenai Menara Ilham adalah dilarang.

Daim pernah berkhidmat sebagai menteri kewangan sebanyak dua kali semasa kali pertama Mahathir memegang jawatan sebagai perdana menteri dari 1981-2003.

Dia juga pernah berkhidmat sebagai pengerusi majlis penasihat kerajaan ketika Mahathir menjadi perdana menteri sekali lagi pada 2018.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, siasatan itu bertumpu pada Seksyen 23 Akta SPRM 2009, berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapat suapan dan kesalahan pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4 (1) AMLATFPUAA 2001.

Menara Ilham difahamkan mempunyai ketinggian 274 meter merangkumi hotel empat bintang, pejabat rasmi, galeri, medan selera serta kedai cenderamata, manakala sebanyak 33 tingkat aras untuk kegunaan pejabat dan selebihnya adalah apartmen. Ia siap dibina pada 2015 juga dikenali sebagai Menara IB adalah singkatan kepada Ilham Baru.

Hasil tinjauan dari pihak media bangunan 60 tingkat itu tidak menemukan apa-apa notis mengenai perintah sitaan tersebut termaksudlah larangan dipasang malah tiada juga kawalan oleh pihak berkuasa.