Saturday, April 13, 2024

Daun Home Spa Tampilkan Tiga Produk Wangian Kesihatan Yang Berkualiti

Melengkapi keperluan masyarakat, Daun Home Spa tampil menghasilkan tiga produk wangian kesihatan yang berkualiti pada harga mampu milik.

Antaranya, Baby Oil dan Rose Body Oil yang digabungkan bersama minyak habbatus sauda serta Himalayan Rose Essential Oil yang mampu memberi aroma ketenangan.

Pengasas Daun Home Spa, Jann berkata, jika mengulas tentang Baby Oil, ia memiliki khasiat seperti melegakan kembung dan ketidak selesaan angin pada perut bayi.

Pengasas Daun Home Spa, Jann
Pengasas Daun Home Spa, Jann

“Gabungan ramuan dalam Baby Oil juga berfungsi untuk mengurangkan sakit otot dan sendi ringan serta mengurangkan kegatalan kulit.

“Selain itu, ia mampu meredakan sakit kepala, batuk ringan, selesema dan mengandungi ciri-ciri anti-radang, antikimikrobial dan antioksidan,” katanya.

Bagi Rose Body Oil pula, ia mampu melegakan stress dan membuatkan seseorang itu lebih tenang selain berfungsi melembabkan kulit kering dan mewujudkan elemen anti-penuaan.

“Pengguna Rose Body Oil berpeluang menikmati haruman mewah daripada bunga ros serta gabungan ramuannya yang 100 peratus menggunakan bahan semula jadi.

“Untuk kesan optima bagi menghasilkan kulit sentiasa lembab dan segar, pengguna disarankan memakainya selepas mandi,” ujar Jann.

Rose Body Oil + Habbatus Sauda Oil
Rose Body Oil + Habbatus Sauda Oil

Bercakap tentang Himalayan Rose Essential Oil pula, ia merupakan minyak pati mewah berasaskan bunga ros yang 100 peratus tulen dan tidak cair.

“Minyak pati mewah ini sering menjadi pilihan ramai kerana ia mampu menenggelamkan pengguna dengan bau tersendiri dengan kos yang sangat murah.

“Menariknya, minyak pati mewah ini turut mempunyai khasiat seperti memberi ketenangan sebelum tidur serta mengawal dan mengimbangi hormon,” katanya.

Berikut adalah harga dan isipadu tiga produk wangian Daun Home Spa:

  • Nama : Baby oil + habbatus sauda oil
    Harga : RM58
    Isipadu : 50ml
  • Nama : Rose body oil + habbatus sauda oil
    Harga : RM69
    Isipadu : 100ml
  • Nama : Himalayan Rose Essential Oil
    Harga : RM69
    Isipadu : 10ml

Untuk pembelian, pengguna boleh layari Facebook DAUN Home SPA atau hubungi Jann atau Dee di talian 017-6485747 atau 013-5558058.