Saturday, April 13, 2024

PADU Kurangkan Ketirisan Dan Perbelanjaan Subsidi Lebih RM80 Bilion

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang diluncurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah selaras dengan pendekatan dan transformasi digital.

Dalam masa sama, kemudahan dan manfaat yang diberikan kerajaan menerusi Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bakal dinikmati sepenuhnya oleh golongan berhak.

Kerana itulah kerajaan melalui Kementerian Ekonomi memperkenalkan PADU yang dilihat mampu mengurangkan ketirisan dan perbelanjaan subsidi yang ditanggung kerajaan melebihi RM80 bilion.

Perdana Menteri singgung, marcapada menuntut tekad baharu dan jangan tolak ansur dengan sistem lama yang terlalu banyak ketirisan, kebocoran dan penipuan sehingga masih ada kelompok miskin dalam negara.

Penyaluran subsidi tanpa pendekatan digital hanya menyebabkan golongan maha kaya dan warga asing mendapat manfaatnya tanpa taakul yang betul.

Pendaftaran PADU dibuka secara langsung bermula Selasa sehingga 31 Mac depan bagi membolehkan orang ramai mengemas kini serta mengesahkan 39 item maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat.

Semua rakyat yang berumur 18 tahun ke atas perlu mendaftar dan membuat semakan data di portal PADU yakni https://padu.gov.my/.

PADU, yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia, merupakan pangkalan data sosio ekonomi negara yang bersepadu dengan menggabungkan data dari jabatan dan agensi kerajaan bagi memberikan gambaran seadilnya mengenai kedudukan sosio ekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia.

#MalaysiaMADANI