Monday, March 4, 2024

Taman Linggi Impian: Rumah Teres 1 Tingkat Serendah RM239K Di Kawasan Bebas Banjir

Jika anda mencari rumah pertama di kawasan bebas banjir dengan harga murah, Taman Linggi Impian di Negeri Sembilan antara projek perumahan yang bertepatan.

Projek perumahan ini terletak dalam pekan Linggi dan jika berkunjung untuk lawatan, ia terletak di belakang Mr. DIY dan kawasan perumahan Taman Linggi Maju.

Jika melalui lebuh raya utama, projek perumahan Taman Linggi Impian ini terletak kira-kira 11.4km dari Plaza Tol Pedas / Linggi dengan jarak perjalanan 12 minit.

(Tonton video di bawah untuk penerangan tambahan)

Mengapa Taman Linggi Impian Bebas Banjir?

Setelah menjalankan kajian bertahun-tahun, Kemaris Development berani menyatakan bahawa Taman Linggi Impian adalah projek perumahan bebas banjir.

Antara pendekatan yang dilaksanakan, pemaju telah pun menambak tanah setinggi tiga kaki sebagai tapak asas bagi seluruh unit yang akan dibangunkan.

Hal ini bertujuan untuk memberi manfaat dan nilai tambah kepada pembeli agar tidak merasa rugi sekali gus risiko berdepan bencana alam berjaya dikurangkan.

3 Bilik Tidur + 2 Bilik Air + Loteng

Taman Linggi Impian merupakan rumah teres satu tingkat berbumbung tinggi yang dibina di atas tanah seluas 20′ X 65′ serta 20′ X 68′.

Disebabkan projek perumahan ini bumbungnya tinggi, pemaju mampu menyediakan satu loteng tambahan kepada pembeli untuk semua unit.

Dalam erti lain, pembeli ibarat memiliki tiga bilik pada bahagian bawah dan satu bilik pada bahagian atas, iaitu pada loteng berkenaan.

Kawasan Parking Untuk 2 Kereta & Laman Belakang Selebar 5 Kaki

Di atas keluasan 20′ X 65′ serta 20′ X 68′, kawasan parking di bahagian hadapan rumah boleh memuatkan dua buah kereta bersaiz besar.

Manakala pada bahagian belakang pua, terdapat laman selebar 5 kaki telah disediakan oleh pemaju untuk kegunaan dan keselesaan para pembeli.

Harga Semurah RM239K Hingga RM279K

Rumah teres satu tingkat di Taman Linggi Impian ini dicemburui ramai kerana harganya masih boleh didapati di bawah RM300K seperti berikut:

Rumah Teres Mampu Milik (Tanpa loteng)
Luas: 20′ X 65′
Harga : RM239,000 (Termasuk cash rebate RM10,000)

Rumah Teres 1 Tingkat (Dengan Loteng)
Luas A: 20′ X 65′
Harga: RM275,000 (Termasuk cash rebate RM10,000)

Rumah Teres 1 Tingkat (Dengan Loteng)
Luas B: 20′ X 68′
Harga: RM279,000 (Termasuk cash rebate RM20,000)

Syarat Permohonan Dan Semak Kelayakan

Projek perumahan Taman Linggi Impian ini terbuka kepada seluruh warga bumiputera yang bertugas di sektor Kerajaan, swasta atau berniaga sendiri.

Warga bumiputera yang berminat untuk memiliki rumah di Taman Linggi Impian ini boleh membuat permohonan tanpa sebarang deposit atau bayaran tempahan unit.

Namun terdapat beberapa dokumen yang perlu disediakan seperti salinan kad pengenalan, slip gaji serta penyata akaun bank selama tiga hingga enam bulan.

Tempah Unit Sebelum 15 Januari 2024

Unit bagi projek perumahan Taman Linggi Impian ini adalah terhad dan peluang dibuka kepada orang ramai yang telah pun membuat keputusan.

Orang ramai yang mahu membuat pilihan untuk membeli, tidak perlu sediakan sebarang wang pendahuluan (deposit) atau wang tempahan unit (booking fees).

Memadai dengan menyediakan beberapa dokumen asas dan penghantaran dokumen boleh dibuat menerusi Whatsapp 011-17117086 atau emel serta Akyem Samad.