Tuesday, March 5, 2024

Fathia Latiff sudah melampau, netizen minta dirinya jadi matang

Pelakon Fathia Latiff sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila dengan beraninya mengutuk pelakon popular Zahira MacWilson seperti bibik atau pembantu rumah secara terbuka selepas menjawab komen peminat dalam siaran langsung di TikToknya apabila ada yang meninggalkan komen Zahira dikatakan cantik semulajadi.

Fathia juga bertindak memuat naik foto dia pernah memenangi anugerah Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian-29.

Fathia Latif bertindak memuat naik anugerah yang pernah dimenangi sewaktuk ABPH

Menerusi posting tersebut Fathia didakwa mengajukan soalan kepada Zahira sama ada pelakon tersebut pernah meraih anugerah ataupun tidak? sambil meletakkan emoji ‘crown’.

Rata-rata netizen dilihat membanjiri ruangan komen Fathia. Netizen mendakwa Fathia tidak matang dan dengki dengan kejayaan yang diraih oleh Zahira pada waktu.