Monday, March 4, 2024

SPRM siasat anak bekas Perdana Menteri

SEORANG individu, dipercayai anak bekas perdana menteri, kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang dikaitkan dengan aktiviti perniagaan pada akhir 1990-an.

Difahamkan, siasatan tertumpu kepada syarikat milik individu itu yang didakwa telah mengambil alih anak syarikat syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Berita Harian dimaklumkan bahawa SPRM telah memanggil individu berkenaan untuk mengisytiharkan kesemua harta mereka sama ada di dalam atau luar negara.

Sumber mendedahkan individu itu telah dipanggil ke ibu pejabat SPRM untuk diserahkan notis pengisytiharan aset.

“Siasatan memerlukan individu berkenaan mengisytiharkan semua harta mereka sama ada di dalam atau luar negara secara bertulis,” kata sumber itu kepada BH semalam.

Bulan lalu, SPRM sudah pun memanggil individu itu untuk merekodkan kenyataan berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan. – REFLEKS!

Baca ini > Tidak mahu isytihar aset menara Ilham Tun Daim disita oleh SPRM