Saturday, April 13, 2024

Andalusia Tawar Diskaun RM2,500 Untuk Haji & RM300 Untuk Umrah

Syarikat pengelola jemaah haji, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd menawarkan diskaun bernilai RM2,500 untuk pakej haji dan RM300 untuk pakej umrah.

Tawaran itu diwujudkan khas bagi pengunjung Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Kali Kedua dan membuat pendaftaran semasa karnival berlangsung.

Pengarah merangkap Penasihat Undang-undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, syarikat itu menyasarkan untuk menguruskan 80,000 jemaah umrah pada tahun ini.