Saturday, April 13, 2024

Harimau Malaya tewas kepada Bahrain di minit-minit akhir perlawanan

HARIMAU MALAYA terpaksa akur gagal ke fasa kalah mati pada saingan Piala Asia selepas tewas tipis 0-1 di tangan Bahrain menerusi jaringan minit-minit akhir di Stadium Jassim Bin Hamad di Doha sebentar tadi.

Gol kemenangan Bahrain menerusi rembatan Ali Madan yang mengelirukan penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi pada minit ke-95 perlawanan.

Kekalahan ini menyaksikan Harimau Malaya terus tersingkir daripada persaingan Piala Asia 2024 untuk berada sekurang-kurangnya di kedudukan ketiga terbaik dalam kelompok empat pasukan mara ke 16 pasukan terakhir.

Malaysia akan menentang Korea Selatan pada perlawanan terakhir Kumpulan E, Khamis ini. – REFLEKS!

Baca ini > Sumbangan RM99,845 daripada FAM untuk Tabung Selamatkan Harimau Malaya