Tuesday, February 27, 2024

Saya akan terus bunuh bola sepak tanah air – TMJ

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) tidak akan berhenti daripada terus membunuh bola sepak tanah air.

Malah, baginda menerusi status di Instagram juga secara sinis mencabar semua pihak untuk menghentikan dominasi Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Malah, TMJ juga menyeru kepada penyokong bola sepak tanah air bersatu padu dan beramai ramai menghentikan agendanya itu.

“Bukan musim ni. Pada masa akan datang.

“Sebagai pembunuh bola sepak tanah air dari dulu, saya dah banyak kali katakan yang saya akan terus membunuh bola sepak tanah air.

“Dah 11 tahun saya merosakkan bola sepak tanah air dalam setiap aspek.

“Saya menyeru kepada penyokong bola sepak tanah air bersatu padu dan beramai ramai hentikan agenda saya ini.

“Terima kasih dan semoga berjaya,” tulis Tunku Ismail laman InstaStory pada Rabu.

Untuk rekod, sebelum ini, JDT meluaskan penguasaan mereka dalam saingan Liga Malaysia apabila meraih double quadruple selepas mengulangi kejayaan muncul juara Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia.

Skuad Harimau Selatan itu menamatkan saingan Liga Super 2023 dengan 76 mata hasil 25 kemenangan, seri sekali selain mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 26 perlawanan yang diharungi.

JDT turut mencipta sejarah tersendiri apabila merekodkan 100 jaringan semusim dan hanya dibolosi tujuh kali dalam saingan Liga Super 2023. – REFLEKS!

Baca ini > Arif Aiman tandatangani kontrak jangka masa panjang bersama JDT