Saturday, April 13, 2024

Banglo seksyen 12 terkenal tempat paranormal kini di pawagam

INSPIRASI dari novel seram terkenal, Banglo Seksyen 12 merupakan arahan pertama dari Intan Ladyana untuk ke layar perak.

Naskha dari nukilan Hasrudi Jawawi, mengisahkan tentang pembunuhan misteri sekumpulan remaja pada tahun 2006, terdapat sekumpulan paranormal memilih banglo seksyen 12 tersebut dalam pencarian ‘hantu’.

Banglo tersebut merupakan lokasi kegemaran kumpulan paranormal dalam membuat penggambaran sebagai kandungan di platform digital.

Menerusi filem tersebut Intan juga merupakan tunjang utama bergandingan bersama Mustaqim Bahadon.

Mempertaruhkan bakat baru dalam industri yang sedang meningkat naik memperkenalkan, Hariz Hamdan, Silfeny Osman, Aniq SuhairFaez Malek, Farah Yasmin, Faris Fitri dan ramai lagi.

Filem seram dari novel ke layar perak