Tuesday, March 5, 2024

Tak senonoh-tak tahu membezakan dosa dan pahala

DUA lelaki menjadi buruan polis gara-gara berkelakuan tidak senonoh dalam surau di Kuala Langat.

Macam sudah tak tahu membezakan pahala dan dosa. Paling tidak boleh diterima, perbuatan kedua-dua lelaki ini dibuat dalam surau, tempat umat Islam beribadah.

Perbuatan mereka dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) surau berkenaan dan ditonton oleh bilal surau tersebut.

Rakaman video berdurasi 1 minit 49 saat yang dimuat naik di media sosial.

Bilal berusia 54 tahun kemudiannya membuat laporan polis pada pukul 9.07 malam tadi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan, berkata, pihaknya juga sedang membuat siasatan berhubung penularan klip video itu.

Beliau masih menunggu laporan penuh daripada pegawai di daerah berkenaan.

Menerusi video yang tular itu, salah seorang daripada mereka mula meraba rakan lelaki yang duduk di sebelahnya.

Lelaki itu kemudian dilihat seolah-olah seperti mahu membuka seluarnya serta turut mencium lelaki itu.

Janganlah tambah umat Nabi Lud! – REFLEKS