Tuesday, February 27, 2024

Penyanyi dangdut Indonesia jaga adab pakaian sopan dan kurang bergelek

KONSERT Milenia 2024 akhirnya berjaya dilaksanakan meskipun sudah 4 tahun ditunda oleh pihak penganjur di atas sebab-sebab tertentu.

Pengarah Urusan Mission Sight Sdn Bhd, Jeffri Yaacob, konsert yang berlangsung selama tiga jam itu dia berpuas hati dengan kehadiran jumlah penonton yang hadir seramai 1’000.

Apa yang diharapakan dalam konsert ini, dapat diterima baik oleh orang ramai, malahan penyanyi dangdut dari Indonesia juga akur mengikut permintaan dari pihak Puspal tidak terlalu seksi dan goyang semasa konsert diadakan.

Menampilkan tiga orang artis dari Indonesia iaitu Rheyna Morena, Hesty Aryatura dan Thomas Arya. Manakala, dari Malaysia pula terdiri daripada Amelina, Mas IdayuAni Maiyuni dan Baby Shima.

Suasana di Zepp turut di hangatkan dengan gandingan dua hos yang cukup berbakat dan lawak iaitu Angah dan Along Cham. Penonton yang bertuah juga turut menerima hadiah t-shirt dan wang ringgit daripada pihak penganjur.