Tuesday, March 5, 2024

Unity Parade KL 2024, 2 hari acara gemilang raikan kepelbagaian kaum di Malaysia sasar 20,000 peserta

UNITY Parade Kuala Lumpur 2024 merupakan acara anjuran bersama antara Unity Parade dan KL Society dan disokong oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) sebagai rakan strategik bakal berlangsung selama 2 hari pada 24 hingga 25 Februari 2024.

Program ini bakal berlangsung di beberapa lokasi tertentu antara Bukit Bintang sehingga ke Dataran Merdeka. Dianggarkan seramai 20,000 peserta disasarkan akan menyertai program Perarakan Unity Parade Kuala Lumpur ini

Penasihat Unity Parade, Norrizan Abdul Majid

Program tersebut akan melibatkan 22 kaum dan etnik negara dengan lebih 10 pengisian program dan aktiviti kemasyarakatan.

Penasihat Unity Parade, Norrizan Abdul Majid memberitahu fokus utama penganjuran program itu adalah untuk pemeliharaan budaya, pendidikan dan penglibatan masyarakat dalam memupuk semangat perpaduan.

“Dari Perlis hingga ke Sabah kita akan bawa mereka ini sama-sama berarak, memberikan satu solidariti, satu perpaduan, mengangkat kata-kata Perdana Menteri.

“Anak kita Cina, anak kita Iban anak kita India, kita satukan mereka dalam perarakan ini,”katanya.

Beliau bercakap dalam sidang media acara Perarakan Perpaduan Kuala Lumpur 2024 di Ibu Kota.

Antara pengisian acara menarik yang lain yang bakal diadakan bagi memeriahkan lagi program ini aadalah Unity Parade KL Photo Competation dan Unity Perade Village di mana Lalapot adalah penaja lokasi untuk acara ini dan terdapat banyak aktiviti seni dan budaya, pameran sejarah termasuk pertunjukan muzik dan konsert penutup program tersebut. – REFLEKS!

Baca ini > Ariani Hijab Run 2023, Ariani sumbang RM30,000 kepada Tabung Bencana Bulan Sabit Merah Malaysia