Tuesday, February 27, 2024

Padlock cap ayam punca pencuri sakan rembat motor

BAYANGKAN kalau situasi ni terjadi pada anda, apa perasaan anda? Nak menyesal pun tak guna sebab benda dah jadi dan motor yang hilang tu pun biasanya tak akan dijumpai.

Kalau ada duit lebih, boleh terus beli motor baru. Tapi kalau tiada, macam mana? Lebih menyakitkan hati, kalau motor yang hilang tu masih belum habis bayar hutang. Mampu ke anda nak tambah hutang baru?

“Saya baru je hilang motor. Hilang dekat rumah. Motor tu baru beli dalam sebulan lebih lepas tu dah hilang. Motor tu saya pakai lock tapi lock motor biasa je lah.” ~ Aiman, Shah Alam

Motor Dah Padu, Tak Kan Nak Pakai Padlock Sendu?

Anda tahu tak, pencuri boleh curi motor anda sepantas 7 saat sahaja? Hasilnya, kes kecurian motosikal mencatatkan statistik kecurian tertinggi di Malaysia.

Sebanyak 464,446 motosikal telah dicuri dalam tempoh 11 tahun sejak 2009 sehingga 2019. Dari segi negeri pula, Selangor melaporkan kes kecurian motosikal tertinggi sejak tahun 2013 hingga 2019, diikuti Kuala Lumpur, Johor, Kedah, Sarawak dan negeri-negeri lain.

Antara jenis motosikal panas yang sering menjadi sasaran pencuri pula adalah 125ZR, Y15, LC, RS & Lagenda. Jadi, anda perlu lebih berhati-hati jika tidak mahu motor kesayangan dicuri.

Nak motor selamat, ikhtiar dengan Finland Shield

Padlock yang telah diuji keberkesannya dan dipercayai oleh Angkatan Tentera Malaysia, Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Tenaga Nasional Berhad ini menjadi buruan pemilik motosikal di Malaysia.

Keistimewaan padlock Finland Shield yang terbukti Anti Potong, Anti Cungkil, Anti Asid, Anti Lebur, Anti Gerudi & Anti Karat ini mampu melindungi motosikal daripada dicuri.

Body padlock yang solid dan diperbuat daripada stainless steel SUS304 dijamin 7 kali lebih padu daripada padlock biasa. Layari laman web Finland Shield di www.finlandshield.com untuk membuat pembelian atau info lanjut.