Tuesday, February 27, 2024

Noreen mula berhijab, tetapi sudah rindu ‘free hair’

Pempegaruh media sosial dan pelakon, Norren,30 dilihat sudah mula mengenakan hijab yang dikongsi olehnya melalui laman Instagram.

Ibu kepada dua anak itu juga sudah memadam gambar-gambarnya yang tidak mengenakan hijab. 

Norren kini mengenakan hijab

”Daripada lebih 2,000 gambar, kini hanya tingal dalam 300 gambar sahaja (yang tidak bertudung).

”Terlalu banyak kenangan memori. Saya dan Razzi, anak-anak serta rakan-rakan. Tapi tak apalah, simpan sahaja di dalam hati.

Pelakon yang popular menerusi drama Bisik-bisik gelora itu juga dilihat sudah mula memadam gambar dan bideo dirinya yang tidak lagi berhijab di media sosial.

“Segala gambar melibatkan kerja, kenangan, konten media yang (tidak bertudung) sudah saya padam.

“ Saya menangis sewaktu memadam semua gambar itu sebab rindu tapi tiada penyesalan.”luahnya melalui Ig storynya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Norreen terus istiqamah dan segala urusannya dipermudahkan.

———

Ingin siarkan berita / produk / jenama / perniagaan anda dalam Refleks.my? Hubungi En. Ludfi di talian +6012-3717156 untuk keterangan lanjut.