Saturday, April 13, 2024

Malaysia Airlines tingkatkan kekerapan penerbangan ke Trivandrum mulai 2 April 2024

BERIKUTAN prestasi faktor muatan yang positif dan permintaan yang meningkat pada laluan TrivandrumKuala Lumpur, Malaysia Airlines menggandakan kekerapan semasa pada laluan itu bermula 2 April 2024.

Syarikat penerbangan itu berkata, pihaknya memulakan penerbangan sulungnya ke Trivandrum pada November 2023, mengendalikan empat penerbangan setiap minggu.

Katanya, keputusan tersebut berikutan peningkatan kekerapan antara Amritsar dan Kuala Lumpur baru-baru ini dari 15 Januari 2024.

“Dengan kekuatan perkhidmatan Malaysia Airlines dari Trivandrum, ia akan menjadikan ketersambungan syarikat penerbangan itu ke India kepada 71 penerbangan setiap minggu.

“Pada masa ini, syarikat penerbangan itu menawarkan penerbangan dari sembilan hab utama di India, termasuk New Delhi, Mumbai, Bengaluru, Chennai, Hyderabad, Kochi, Ahmedabad, Amritsar dan Trivandrum,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial Syarikat Penerbangan Malaysia Aviation Group (MAG), Dersenish Aresandiran berkata, India kekal sebagai sebahagian daripada rangkaian global Malaysia Airlines.

“Dengan pengenalan frekuensi tambahan ke Trivandrum, kami akan mengukuhkan ketersambungan kami ke India dengan 71 penerbangan mingguan dari sembilan hab utama.

“Tambahan pula, kami sangat teruja untuk memperkenalkan tambang istimewa untuk pengembara India, memberikan mereka fleksibiliti yang dipertingkatkan dan pilihan perjalanan untuk meneroka keindahan Malaysia, mengukuhkan kedudukan kami sebagai pintu masuk ke Asia dan seterusnya.

“Memandangkan kami berhasrat untuk menampung permintaan yang semakin meningkat dari India, kami komited untuk memastikan pengalaman pelanggan kekal sebagai keutamaan kami didorong oleh hospitaliti Malaysia kami yang tiada tandingannya,” katanya.

Untuk meraikan peningkatan kekerapan penerbangan, Malaysia Airlines menawarkan tambang promosi istimewa untuk pelancong India untuk menerokai Malaysia.

Tambang ke Kuala Lumpur dari Trivandrum bermula dari INR 12,999 all-in return atau dari Ahmedabad bermula dari INR 21,799 all-in return, tersedia untuk pembelian dari sekarang hingga 11 Februari 2024, untuk perjalanan sehingga 12 Mei 2024. – REFLEKS!

Baca ini > AirAsia tambah penerbangan laluan Jakarta-Kuching mulai 8 Februari 2024

———

Ingin siarkan berita / produk / jenama / perniagaan anda dalam Refleks.my? Hubungi En. Ludfi di talian +6012-3717156 untuk keterangan lanjut.