Tuesday, March 5, 2024

OPEC+ bertindak kurangkan bekalan menyebabkan harga minyak mentah terus menjunam

HARGA minyak dunia meningkat pada awal dagangan hari semalam berikutan keputusan OPEC+ untuk mengekalkan dasar pengeluaran minyaknya walaupun pergerakannya menunjukkan kerugian mingguan di saat ada laporan berkenaan gencatan senjata antara Hamas dan Israel.

Sementara itu, harga minyak mentah Brent naik 37 sen (0.5%) kepada $79.07 per tong dan West Texas Intermediate (WTI) naik 30 sen (0.4%) kepada $74.12 per tong.

Kelmarin, ada sumber mengatakan OPEC+ mengekalkan dasar pengeluaran minyaknya dan akan membuat keputusan pada Mac sama ada untuk melanjutkan pemotongan pengeluaran minyak secara sukarela atau tidak pada suku pertama.

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya melakukan pengurangan pengeluaran sebanyak 2.2 juta tong sehari untuk suku pertama seperti yang diumumkan pada November.

Walau bagaimanapun, harga minyak mentah menuju kea rah kerugian mingguan kira-kira 5% kerana laporan yang tidak berasas berkenaan gencatan senjata antara Hamas dan Israel telah menghadkan keuntungan serta menyebabkan harga kontrak turun lebih 2% kelmarin.

Selain itu, kapal tangka minyak Rusia juga terus berlayar melalui Laut Merah tanpa diganggu oleh kumpulan Houti.

Manakala Pertubuhan Bersekutu Iran itu mengumumkan bahawa tentera lautnya telah menyrang sebuah kapal komersil British.

Baca ini > 2023 tahun pemerkasaan dasar makroekonomi Malaysia – Maybank Investment