Saturday, April 13, 2024

Dengan Modal RM25K, Pelajar Kolej Vokasional Sungai Buloh Cipta Go-Kart 135CC

Dengan kos sebanyak RM25,000, pelajar Kolej Vokasional Sungai Buloh berjaya mencipta sebuah jentera go-kart dalam tempoh empat bulan.

Paling membanggakan, salah seorang juruteranya, Nasrul Hakimi Hizamuzaman berkata, go-kart itu pernah mencapai kelajuan 105km per jam.

Go-kart ciptaan pelajar Kolej Vokasional Sungai Buloh antara yang menjadi tarikan dalam Hari Terbuka Putrajaya 2024.
Go-kart ciptaan pelajar Kolej Vokasional Sungai Buloh antara yang menjadi tarikan dalam Hari Terbuka Putrajaya 2024.

“Go-kart ini pernah mencapai kelajuan sehingga 105km per jam sekali gus mencatatkan masa yang terbaik ketika diuji di Litar Sepang.

“Ia adalah hasil kerja daripada seramai lapan orang pelajar Kolej Vokasional Sungai Buloh yang terlibat sebagai jurutera,” katanya kepada Refleks.my

Nasrul Hakimi berkata demikian ketika ditemui Refleks.my dalam program Hari Terbuka Putrajaya 2024 yang diadakan di Perbadanan Putrajaya bermula 1 hingga 4 Februari.

Ujar Nasrul Hakimi lagi, sebanyak empat kursus disatukan untuk menghasilkan jentera go-kart itu agar ia praktikal di jalanan dan selamat untuk dipandu.

“Antara kursus yang terlibat untuk menggerakkan go-kart ini adalah perakaunan, permesinan, kimpalan serta automotif,” katanya mengakhiri perbualan. – Refleks.my

———

Ingin siarkan berita / produk / jenama / perniagaan anda dalam Refleks.my? Hubungi En. Ludfi di talian +6012-3717156 untuk keterangan lanjut.