Monday, March 4, 2024

Rezeki terpijak, menonton konsert Mahalini dapat kereta Myvi

Seorang wanita tidak menyangka dengan menonton konsert Mahalini yang berlangsung di Megastar Arena pada malam Sabtu lalu menerima sebuah kereta Perodua Myvi yang ditaja oleh jenama kosmetik Alhaalfa melalui cabutan undian.

Menurut pemenang, Intan Satira Ajeeraah, 30, bekerja di syarikat swasta, dirinya tidak menyangka akan menerima sebuah kereta malah terkejut apabila nombornya disebut.

Pemenang cabutan, membawa pulang sebuah kereta Myvi, Intan Satira Ajeeraah, 30,

‘’Terima kasih kepada Datuk Alha Alfa dan kumpulan kerana sudi menganjurkan konsert yang gilang gemilang, dengan tak sengaja hanya sekeping tiket dapat menang kereta, saya doakan juga kepada Datuk untuk terus gilang gemilang dalam perniagaannya.

‘’Sebenarnya saya tidak sangka dapat kereta, masa cabutan saya dipanggil sebenarnya saya dah nak balik dan kebetulan pula hari ini saya datang naik grab dan perlu bergegas pulang sebelum lewat malam, apabila saya dengar sahaja pengumuman di beritahu oleh Mahalini saya terkejut’’. Katanya.

Mengulas lebih lanjut tentang Konsert ‘Lovechestra’ dari penyanyi seberang ini, hampir 2 jam Mahalini menghiburkan peminatnya di Malaysia dengan menyanyikan hampir 16 buah lagu.

Mahalini menghiburkan peminat di Megastar Sungai Wang yang berlangsung pada Sabtu lepas

Lebih istimewa, malam konsert tersebut diserikan dengan kehadiran bintang tamu, Rizky Febian ternyata penonton bersorak riuh apabila Iky muncul di pentas berduet bersama Mahalini.


Ternyata percaturan pihak Kharisma Music membawa Mahalini ke Malaysia membuahkan hasil buktinya Megastar dipenuhi oleh para peminatnya untuk menyaksikan penyanyi berbakat cantik itu.

Alha Alfa tidak kesah dikecam dengan single terbarunya bersama Zara Ziya