Tuesday, March 5, 2024

Netizen pertikaikan BrosgangTV jemput Dady Ash ke podcast

Wargenet mula menyoal apabila BrosgangTV menjemput Dady Ash yang sedang terpaling kontroversi ke acara podcast mereka bersama.

Tidak mahu salah faham berkenaan, Brosgang mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan isu tersebut.

Dalam kenyataan tersebut menyatakan mereka tidak menyokong perkara yang tidak bermoral oleh individu berkenaan.

Jelasnya semasa sesi podcast terdapat sesi debat dalam podcast tersebut, audience mereka juga tahu video dikeluarkan memang selalu cerita berdasarkan realiti kehidupan.

Terdahulu, kecoh apabila pempegaruh media sosial (Daddy Ashdireman oleh pihak polis kerana menyebarkan dan menjual video lucah bersama 2 teman wanitanya di laman X.