Tuesday, February 27, 2024

Bekas Presiden Chile maut dalam nahas helikopter

BEKAS Presiden Chile, Sebastian Pinera, 74, dilaporkan terbunuh apabila helikopter dinaiki bersama tiga lagi individu terhempas ke dalam sebuah tasik di Lago Ranco, bahagian selatan negara itu.

Pasukan penyelamat mengesahkan kematian Pinera sebaik sahaja tiba di tempat kejadian manakala tiga lagi mangsa dilaporkan selamat.

Media tempatan yang memetik sumber mendakwa Pinera merupakan juruterbang dalam pesawat berkenaan namun masih belum dipastikan.

Susulan insiden itu, Presiden Chile, Gabriel Boric mengisytiharkan cuti berkabung selama tiga hari manakala majlis pengebumian akan dilakukan pada Jumaat.

Pinera merupakan ahli politik konservatif yang memimpin Chile dari 2010 hingga 2014dan sekali lagi dari 2018 hingga tahun lepas.

Laporan Forbes mendedahkan Pinera mempunyai aset dianggarkan bernilai AS$2.7 bilion.

Sementara itu, Presiden Argentina, Mauricio Macri menyifatkan pemergian individu antara terkaya di Chile itu sebagai tiada galang ganti.

Menteri Dalam Negeri Chile, Carolina Toha berkata, mendiang merupakan seorang ahli politik yang cukup dedikasi dalam menjalankan tugas.

Mendiang juga terlibat dalam misi menyelamat 33 pelombang yang terperangkap di Gurun Atacama yang menjadi berita sensasi pada 2010 dan diadaptasi ke dalam filem bertajuk The 33, pada 2014.

Baca ini > Pusara Kapten Shahrul kelihatan indah seolah menyambut kehadirannya