Tuesday, March 5, 2024

Anak perempuan Abby dan Norman jadi isteri no 2?

ANAK perempuan Abby Abadi dan Norman iaitu Marissa sekali lagi terpalit kontroversi apabila didakwa sudah nikah di Thailand.

Menurut laporan Harian Metro, Marissa yang merupakan anak kedua mereka mereka didakwa melangsungkan pernikahan itu di Songkla, Thailand pada sekitar Disember lalu.

Namun ada sumber mengatakan pasangan tersebut mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan keluarganya serta isteri pertama Aslam.

‘’Mereka berkahwin ketika Misya (Isteri Pertama) pergi menunaikan umrah. Kiranya Misya sudah dimadukantanpa pengetahuan.

Ikatan Aslam dan isteri pertamanya kembali terjalin selepas Aslam dan Misyah rujuk semula selepas kontroversi hubungan mereka reda.

Pada tahun lalu Marissa menerima kecaman hebat apabila timbul dakwaan gadis itu merupakan orang ketiga dalam kehancuran rumah tangga seorang isteri iaitu Misya.

Media cuba mendapatkan kenyataan dari Norman dan Abby bagaimanapun ia tidak berjaya.