Monday, March 4, 2024

Tol percuma mulai hari ini dan esok sempena Tahun Baharu Cina

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) mengumumkan, Tol percuma bagi meraihkan Tahun Baharu Cina selama dua hari bermula hari ini, 8 Februari dan esok, Jumaat, 9 Februari.

Pemberian tol percuma ini akan dilaksanakan di semua lebuh raya bermula pada jam 12.01 tengah malam, 8 Februari 2024 (Khamis) dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 9 Februari 2024 (Jumaat) di mana implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM42.99 juta.

Pengecualian tol akan diberikan kepada kenderaan Kelas 1 (Kenderaan Persendirian) sahaja di semua plaza tol, kecuali di sempadan negara iaitu Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim. – REFLEKS!

Baca ini > Boleh bayar tol guna kad debit, kredit mulai September ini