Tuesday, March 5, 2024

JPJ buka bidaan nombor plat DEY

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengumumkan pembukaan pendaftaran bidaan nombor pendaftaran Kelantan, DEY bermula 12 sehingga 16 Februari (Jumaat).

Bagi anda yang berminat boleh membuat bidaan menerusi talian JPJebid dan keputusan akan diumumkan pada 17 Februari (Sabtu).

Pembayaran hanya boleh dibuat menggunakan kad debit atau kad kredit yang dikeluarkan bank tempatan.

Sekiranya bidaan anda berjaya perlu mendaftarkan nombor plat tersebut dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan. – REFLEKS!

Baca ini > JPJ buka bidaan NPI ‘GOLD’ sempena Hari Wilayah