Tuesday, February 27, 2024

MSN terima tajaan F&N bernilai RM 4 juta

SYARIKAT konglomerat industri makanan dan minuman, Fraser & Neave Holdings Bhd. (F&N) mengumumkan penajaan RM 4 juta kepada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk tempoh 5 tahun akan datang.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman antara MSN dengan F&N di MSN, Bukit Jalil, kelmarin disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Turut hadir sama Ketua Setiausaha KBS, Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, dan Pengarah Urusan Makanan dan Penglibatan Industri F&N, Datuk Raffiq Md Ariff.

Yeoh menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Majlis Sukan Negara (MSN) dengan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd pada 6 Februari 2024 bertempat di MSN, Bukit Jalil, baru-baru ini.

Yeoh dalam satu hantaran di sosial media memuji penajaan itu sebagai jalinan kerjasama yang bersifat menang-menang antara pihak kerajaan dan swasta.

“Ini merupakan satu contoh terbaik di mana kedua-dua pihak mencipta situasi win-win yang menjadi asas ikatan penajaan ini.

“Saya berharap F&N Beverages akan terus bersama KBS bukan sahaja MSN dalam mencari jalan bekerjasama supaya semua menerima manfaat daripada minuman ini,” katanya. – REFLEKS!

Baca ini > KL Rovers antara tiga pasukan mohon sertai Liga Super