Monday, March 4, 2024

Meraikan ‘Big Prosperity Celebration’, Pavilion Bukit Jalil anjur pelbagai aktiviti meriah untuk pengunjung

MERAIKAN Tahun Naga sempena Tahun Baharu Cina ini, Pavilion Bukit Jalil menyambutnya dengan meriah melalui pelbagai kempen yang dianjurkan sempena ‘Big Prosperity Celebration’ sehingga 25 Februari ini.

Raikan semangat limpahan dan kemakmuran Tahun Baharu Cina dengan pameran kemeriahan perayaan tahunan ditambah hiasan perayaan yang menampilkan 9 ekor naga, pengalaman menarik dan ganjaran hebat dalam meraikan perayaan kali ini.

Pengunjung dijemput bergambar bersama 9 ekor naga di sekeliling centre court pusat beli belah yang membawa simbolik kepada kemakmuran, nasib baik, serta rezeki melimpah ruah.

Pengunjung juga boleh mencuba nasib di mesin Big Prosperity Luck dan mesin Big Prosperity Spin serta menerokai pelbagai gerai jualan yang disediakan di CNY Marketplace di Centre Court, Aras 2.

Pengunjung juga boleh menulis harapan yang ingin dicapai dan dihajati mereka bagi tahun baharu bersama yang tersayang pada sekeping kad khas dan mengantungkan kad berkenaan di Pavilion Wishes Tree.

Selain itu, kunjungi pelbagai gerai jualan di CNY Marketplace dan pesta perayaan di PIAZZA, seperti Watsons x Ping Min CNY Artisan Market (19 – 21 Januari 2024) dan Selangor New Village 2.0 – Balik Kampung CNY Fest 2024 (1 – 4 Februari 2024), mempamerkan makanan tempatan, seni, kraf dan budaya tradisional Cina.

Mulai sekarang sehingga 25 Februari 2024, belanja dan tebus pek ang pow, baucar beli-belah dan dulang kaca berjenama Pyrex dengan pembelanjaan minimum RM100, RM300 atau RM600 dalam satu resit di seluruh pusat beli-belah Pavilion Bukit Jalil.

Pengunjung juga boleh mendaftar sebagai ahli baharu sekaligus membolehkan untuk menebus beg bertuah Watsons istimewa bernilai RM88.

Kunjungi pameran menarik yang diadakan di Pavilion Bukit Jalil semasa musim perayaan ini antaranya REX Home Expo (19 – 21 Januari 2024), iFood Expo: CNY Carnival 2024 (26 – 28 Januari 2024) di Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre, aras 5, The Fullmetal Alchemist Exhibition (24 Januari – 24 Mac 2024) di aras 2, Zon Jingga dan B★VERSE, Singing the Stars Immersive Exhibition World Tour (1 Disember 2023 – 10 Mac 2024) di aras 3, Zon Jingga. – REFLEKS!

Baca ini > Pengambilalihan Pavilion Bukit Jalil bertujuan memacu pertumbuhan untuk Pavilion REIT