Tuesday, March 5, 2024

Micheal Ang sindir Marissa

MASIH lagi hangat diperkatakan tentang perkahwinan Marissa Dania iaitu anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi, kini pengarah sensasi Michael Ang mengeluarkan mendapat perhatian apabila dia mengeluarkan kenyataan di media sosial.

Michael Ang mengeluarkan rasa kurang senang dengan tindakan Marissa yang didakwa berkahwin dengan suami orang iaitu berstatus suami orang.

Walaupun kenyataan menerusi Instagramnya tidak menyebut mana-mana pihak namun ia seakan memberi bayangan terhadap gadis itu.

Hantaran tersebut turut mendapat reaksi pelbagai netizen ada yang memberikan pandangan baik dan buruk terhadapnya.

Tidak lupa ada juga yang menitipkan doa buat Norman dan Abby semoga kedua mereka diberikan kekuatan dalam menyelesaikan itu tersebut.

Yakin kedua ibu-bapa Marissa sudah memberikan terbaik, apa pun kita lawan dengan doa buat mereka sekeluarga.

Terdahulu kecoh berkenaan Marissa berkahwin dengan seorang lelaki Bernama Aslam di Songklah Thailand, pada tahun lepas juga kecoh berkenaan Marissa didakwa menjadi orang ketiga dalam hubungan perkahwinan.

Abby juga mengesahkan anaknya sudah berkahwin namun tidak direstui olehnya dan Norman selain minta agar mereka berpisah.

Madu kepada Marissa pula, Mishya tenang mendengar berita perkahwinan mereka selepas pulang dari umrah.

Artikle Berkaitan :>

Anak perempuan Abby dan Norman jadi isteri no 2?