Tuesday, March 5, 2024

Maritim Malaysia perketat kawalan sempadan perairan negara sempena sambutan Tahun Baharu Cina

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan memperketatkan lagi kawalan serta mengoptimumkan pengoperasian di perairan maritim negara terutamanya di sempadan Malaysia sempena Sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut pada hujung minggu ini dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid bin Mohd Amin

Bagi mengekang dan memerangi kegiatan jenayah rentas sempadan serta aktiviti salah laku di Zon Maritim Malaysia, pihak agensi ini akan memperhebatkan rondaan di kawasan panas (hotspot) yang telah dikenalpasti.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid bin Mohd Amin

Maritim Malaysia juga telah menugaskan seramai 800 pegawai dan anggota penguat kuasa dengan kekuatan 45 buah aset milik Agensi bagi melaksanakan rutin rondaan dan penguatkuasaan di kawasan perairan negara yang meliputi keluasan 556,285 kilometer persegi.

Maritim Malaysia juga tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di kawasan perairan negara.

Maritim Malaysia turut menyeru kepada komuniti maritim khususnya untuk terus menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pihak Agensi ini agar aktiviti salah laku dan jenayah maritim dapat dibanteras habis-habisan.

Justeru orang ramai diharap dapat membantu menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim (POMAR) di talian 03-89434001 serta mana-mana Pusat Operasi Maritim Negeri (PUSOP) yang berhampiran di seluruh negara atau menghubungi Malaysian Emergency Response Services (MERS) di talian 999. – REFLEKS!

Baca ini > Maritim Malaysia rakam ucapan tahniah setahun Kerajaan MADANI