Tuesday, February 27, 2024

Misya Mazlan tenang jawab isu suami kahwin anak Abby dan Norman 

MASIH hangat lagi memperkatakan isu anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim tentang perkahwinan anak mereka berkahwin dengan status masih suami orang iaitu Aslam di Thailand pada Disember lalu.

Madu kepada Marissa Dania iaitu isteri pertama Aslam tenang menjawab isu yang sedang tular.

Menerusi Ig story, umisyamazlan, tenang menjawab isu perkahwinan suamianya bersama Marissa Dania

Menurutnya, dia tenang menempuh ujian hidup berumah tangga meskipun suaminya memadukan dirinya.

‘’Samakin ikhlas, semakin tenang. Belajarlah untuk berlapang dada kerana tidak semua yang kita inginkan itu yang terbaik, menurut Allah.

‘’Sesulit apapun keadaanmu, ajarilah hatimu agar bisa menerima keadaan tanpa membenci,’’ tulisnya.

Dalam pada itu Misya juga berterima kasih kepada orang ramai sentiasa memberikan kata-kata semangat dan mendoakannya.

Artikle Berkaitan :>

Anak perempuan Abby dan Norman jadi isteri no 2?

Micheal Ang sindir Marissa