Tuesday, March 5, 2024

Langkawi, Pokok Sena dan Seberang Perai antara daerah terpanas di Semenanjung

LANGKAWI disenaraikan antara empat daerah di Semenanjung Malaysia yang diklasifikasi mengalami cuaca panas tahap satu dengan suhu harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menyatakan, turut berada dalam senarai adalah daerah Pokok Sena di Kedah, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang.

Katanya, keempat-empat daerah tersebut merekodkan suhu maksimum 37 darjah Celsius bagi tempoh tiga hari berturut-turut dan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

“Suhu maksimum harian di daerah terbabit adalah antara 35 hingga 37 darjah Celcius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut,” jelas METMalaysia dalam satu kenyataan terbabit.

Selain cuaca panas tahap satu, MetMalaysia mengklasifikasi suhu antara 37 hingga 40 darjah Celsius sebagai tahap dua dan lebih 40 darjah celsius sebagai tahap tiga.

Baca ini > Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor, Sarawak