Tuesday, February 27, 2024

Elon Akan Membuang 50% Tenaga Kerja Twitter Seawal Minggu Ini

Sekejap 75% sekejap 25% dan terkini Elon Musk akan membuang 3700 kakitangan Twitter dalam masa terdekat menurut laporan Bloomberg.

Ini adalah sekitar 50% daripada 7500 tenaga kerja syarikat sebelum diambil alih oleh manusia terkaya dunia.

Gelombang pertama pengurangan tenaga kerja akan dilakukan seawal esok.

Musk turut dilaporkan menarik semula kebenaran bekerja dari rumah dengan semua kakitangan diminta kembali ke pejabat. Sejak laman diambil alih, Musk melakukan beberapa perubahan seperti ingin mengembalikan semula Vine dan mengenakan caj $8 sebulan untuk pengesahan identiti Twitter Verfied menerus Twitter Blue.

SourceAmanz