Saturday, April 13, 2024

Daihatsu sambung semula pengeluaran 10 kenderaan hujung bulan ini

DAIHATSU Motor Co Ltd menyambung semula pengeluaran dan penghantaran 10 model kenderaan mini, termasuk Daihatsu Mira e:S dan Hijet di kemudahan Oita Kyushu.

Pengedar rasmi kenderaan kompak itu, memohon maaf atas kesulitan yang berlaku kepada pelanggan yang telah menunggu lama penghantaran, pembekal, syarikat jualan serta pihak yang berkaitan.

Daihatsu Hijet Truck

Pada 30 Januari lalu, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan (MLIT) mengesahkan 10 model mini mematuhi standard piawaian Akta Kenderaan Pengangkutan Jalan berdasarkan keputusan ujian dengan pihak berkuasa pensijilan yang hadir.

 

10 model yang terlibat :

Daihatsu

  • Mira e:S
  • Hijet Truck
  • Hijet Cargo
  • Atrai
Daihatsu Atrai

Toyota

  • Pixis Epoch
  • Pixis Truck
  • Pixis Van
Toyota Pixis Epoch

Subaru

  • Pleo Plus
  • Sambar (Trak)
  • Sambar (Van)
Subaru Pleo Plus

 

Berdasarkan pengesahan itu dan pertimbangan komprehensif berdasarkan maklum balas pelanggan dan kesediaan pembekal serta lain-lain, Daihatsu memutuskan menyambung semula pengeluaran pada 26 Februari.

Manakala penghantaran kenderaan yang tertunda akan disambung semula pada 19 Februari.

Pihak Daihatsu juga menyatakan akan bekerjasama rapat dengan pembekal dan syarikat jualan di samping mengutamakan keselamatan dan kualiti serta memastikan model sampai kepada pelanggan secepat mungkin.

Baca ini > Jom kita ke Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur dari 9-11 Jun ini