Saturday, April 13, 2024

Selamat Tinggal sakit tulang belakang scoliosis – Zamani

PENYANYI dari kumpulan Slam, Zamani sudah boleh mengucapkan Selamat Tinggal kepada sakit tulang belakangnya yang mengubah bentuk fizikal beliau hari ini.

Bertahun menderita menahan sakit tulang belakang, penyakit yang dinamakan secara saintifik, scoliosis sudah semestinya pelantun lagu Gerimis Mengundang ini mengharapkan kesembuhan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul tatkala melihat keadaan Zamani yang berjalan membongkok seolah-olah sudah berumur 90 tahun.

Semalam, Zamani selamat menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Kuala Lumpur tetapi difahamkan, beliau masih belum sedar.

Itu kata isteri Zamani, Nur Julianan Abd Rani yang memaklumkan tentang perkembangan terkini suaminya selepas menjalani pembedahan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Juliana (@mrsj_zamani)

“Syukur Alhamdulilah, dengan izin Allah Abang Zamani selamat menjalani pembedahan sebentar tadi. Terima kasih atas doa-doa buatnya,” katanya semalam.

Bekas penyanyi kumpulan Slam itu yang kini berusia 51 tahun dilaporkan menjalani pembedahan selama dua jam setengah di Pusat Perubatan Kuala Lumpur.

Sebelum ini Zamani pernah memberitahu semua media bahawa beliau akan menjalani Latihan fisioterapi serta tempoh pemulihan namun bergantung juga kepada tahap kekuatan antibodinya.

Zamani juga pernah mengatakan, menurut doktor yang merawatnya, beliau boleh pulih dalam masa tempoh dua hingga tiga bulan selepas menjalani pembedahan dan rawatan.
Zamani menghidap penyakit scoliosis yang mengubah fizikalnya sehingga menjadi bongkok sejak tahun 2015.

Bahkan sebelum dia menyertai rancangan reality televisyen Gegar Veganza (GV), perubahan pada fizikalnya sudah mulai nampak tetapi ketika itu, ia belum ketara sehingga tulang belakangnya menjadi bengkok.

Keadaan fizikal Zamani yang menanggung menahan kesakitan semakin teruk apabila dia tidak mampu lagi untuk berdiri tegak seperti biasa kerana tulang belakangnya semakin hari, semakin membengkok.

Perubahan fizikal Zamani itu amat ketara dan apabila dia sudah menjalani pembedahan semalam, diharapkan keadaannya lebih baik. – REFLEKS