Saturday, April 13, 2024

HLYM perkenal warna baharu Yamaha YZF-R25 edisi 2024, harga RM22,998

HONG LEONG Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan warna baharu Glacier White pada model YZF-R25.

Sportbike tersebut sudahpun berada di pusat jualan yang dijual pada harga cadangan RM22,998 seunit.

YZF-R25 dikuasakan enjin 249cc, dua silinder sebaris DOHC yang menghasilkan kuasa 26.4kW @ 12,000rpm dan tork 22.6Nm @ 10,000rpm bersama transmisi 6-kelajuan.

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi teleskopik (depan) dan monocross (belakang) dengan sistem brek anti kunci (ABS).

Bagi pemilik baharu R25 akan mendapat kunci keselamatan Yamaha bernilai RM100.

Baca ini > Yamaha Y16ZR Datang Dengan Tiga Warna Baharu – Kini RM11,118