Saturday, April 13, 2024

Xiaomi SU7 rasmi lancar di China

XIAOMI dengan rasminya memperkenalkan sedan SU7 menerusi tiga pilihan varian. Kereta elektrik (EV) itu sudahpun berada di 59 wakil jualan di 29 bandar China.

Berikut konfigurasi tiga varian Xiaomi SU7 :

SU7 Standard

  • 73.6 kWh bateri LFP Blade
  • Output 220kW dan 400Nm
  • Jarak perbatuan 700km
  • Motor tunggal, RWD
  • 0-100kmj dalam tempoh 5.28 saat dengan kelajuan maksimum 210kmj
  • Xiaomi Pilot Pro ADAS
  • Senibina 400V (486V)
  • pengecasan 15 minit menawarkan perbatuan 350km

 

SU7 Pro

  • 94.3 kWh bateri CATL Shenxing
  • Output 220kW dan 400Nm
  • Jarak perbatuan 830km
  • Senibina 400V architecture (486V)
  • Motor tunggal, RWD

 

SU7 Max

  • 101 kWh CATL Qilin
  • Output of 495kW dan 838Nm
  • Perbatuan 800km
  • 0-100kmj dalam tempoh 2.78 saat dengan kelajuan maksimum 265kmj
  • Xiaomi Pilot Max ADAS
  • Senibina 800V (871V)
  • Pengecasan 15 minit menawarkan perbatuan 510km
  • Dua motor, AWD

 

Xiaomi SU7 didatangkan dengan dua pilihan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) iaitu Pilot Pro dan Pilot Max.

Kabin menawarkan ciri peralatan yang menarik misalnya tersedia peti sejuk bersaiz 4.6 liter, tempat duduk kemasan kulit Nappa atau tempat duduk Oeko-Tex, 25 pembesar suara Dolby Atmos, dua skrin untuk tempat duduk belakang yang asasnya Xiaomi Pad 6S Pros dan 56 inci serta HUD boleh laras.

Sistem infotainmen didatangkan dengan ketersambungan Apple CarPlay dan iPad ke tempat duduk belakang.

Xiaomi SU7 sedikit lebih panjang berbanding Porsche Taycan iaitu 4,997mm, lebar (1,963mm) dan tinggi 1,455mm serta jarak roda 3,000mm.

Penghantaran varian Standard dan Max bermula hujung April manakala Pro pula pada hujung Mei tahun ini. – REFLEKS!

Kredit: MOTOQAR