Saturday, April 13, 2024

Kediaman Izara @ Bayu Sutera jadi pilihan untuk keselesan dan ketenangan

MEMILIKI kediaman idaman sudah tentu menjadi dambaan setiap orang. Pastinya anda memiliki citarasa tersendiri dalam memilih kediaman yang diimpikan.

Izara @ Bayu Sutera, seindah nama begitulah dengan kawasan perumahan yang telah dibangunkan oleh pemaju Matrix Concepts Holdings Berhad. Persekitaran yang sangat cantik penuh kehijauan yang benar-benar memberi ketenangan.

Lokasinya yang strategik di kawasan Lembah Klang pastinya menjadi pilihan bagi yang memilih kehidupan selesa bandar. Apa yang kita mahukan setiap kali penat balik kerja, kita perlukan rumah yang selesa untuk berehat bersama keluarga.

Jenis hartanah  adalah pegangan bebas, memang snagat berbaloi dengan harga yang ditawarkan iaitu dari RM553,xxx. Izara @ Bayu Sutera merupakan projek rumah teres dua tingkat berkeluasan 20’ x 70’ dengan  2,315 kaki persegi. Rumah ini mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik air.

Sebuah projek kediaman yang terletak tepi tasik ini sememangnya sangat cantik apatah lagi ianya didatangkan dengan ciri rumah pintar yang dilengkapi kunci digital, modul pencahayaan, penyaman udara IR blaster dan pelbagai lagi.

Memiliki ruang dalaman yang luas dan selesa, memudahkan pemiliknya membuat susun atur perabot dan dekorasi mengikut citrasa yang diingini. Kawasan kejiranan yang tenang dan selamat apatah lagi dengan adanya pos pengawal 24 jam yang mengawasi keselamatan para residen.

Izara @ Bayu Sutera merupakan  kawasan taman tasik yang berkeluasan 3 ekar dengan kemudahan trek joging, tempat beriadah dan taman permainan. Pemandangan indah di tepi tasik sesuai dijadikan lokasi fotografi dan tempat bersantai seisi keluarga. Pastinya, anda lebih selesa bersantai dan melakukan aktiviti bersama keluarga hanya di taman perumahan sahaja. Selain menjimatkan masa, anda juga bakal menikmati kehidupan lebih berkualiti.

Kemudahan lain antaranya seperti ’Tempat Country Club yang mana pemilik kediaman akan diberikan keahlian kelab secara percuma. Sekaligus mereka mempunyai akses untuk menggunakan kolam renang, gimnasium, bowling, snuker, bilik wayang, bilik membaca, gelanggang tenis, gelanggang badminton, pingpong, skuasy, dewan bankuet, bilik mesyuarat, spa, bar dan kafe.

Selain itu, Izara @ Bayu Sutera juga turut berada dalam lingkungan kemudahan lain didalam radius kejiranan antaranya Matrix Private School, Matrix International School dan Matrix International Pra Sekolah. Begitu juga taman permainan extreme X-Park yang menawarkan aktiviti seperti ATV, Go-Kart, flying fox, paintball, memanah, gelanggang futsal, gelanggang badminton dan padang pandu. Bagi kemudahan asas penting turut berhampiran adalah klinik, Hab komersil, stesen minyak dan pelbagai lagi.

Bagi yang berminat, boleh hubungi Matrix Concepts Holdings Berhad di talian 1800-88-2688.

Kredit: MalaysiaNewsTV

Baca ini > TH Properties lancar Pristine Premier dan Riposo Biz Centre di Bandar Enstek