Saturday, April 13, 2024

Hati terdetik di Makkah ingin berikan 1000 pasang baju raya Sabella

MEMAHAMI dan sedar masih ramai lagi tidak mampu membeli baju raya, usahawan wanita, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madamu belanja sebanyak 1000 pasang baju raya dari jenama Sabella kepada mereka yang memerlukan.

Menurut pengasas yang aktif melakukan live di TikTok itu, hatinya tergerak untuk lakukan amal jariah itu semasa berada di Tanah Suci Makkah, baru-baru ini.

‘’Saya dan myhusband kami pergi Makkah kita tertengok berita berkenaan rupanya tahun ini rupanya ramai orang tidak mampu nak beli baju raya so dari situ lah terdetik hati Madamu ini lah masanya kita nak berkongsi rezeki.

‘’Kebetulan pula semasa saya di Makkah saya bersama sahabat, Siti Fatima (pengasas jenama Sabella), mereka sedang jalankan jualan gudang, jadi whay not kita ambil sahaja dengan Sabella dan buat di sini terus.’’ Katanya.

Madamu dan pengasas Sabella dua wanita usahawan hebat yang tidak pernah lupa untuk membantu golongan tidak mampu

Pemberian baju raya tersebut diadakan di Ibu Pejabat Sabella yang terletak di Batu Caves semalam dan setiap individu diberi kebebasan memilih pakaian mereka dari koleksi pakaian yang disediakan.


Untuk perancangan masa hadapan, Madammu berharap agar usahanya untuk membantu golongan yang memerlukan ini boleh diperluaskan lagi dengan menambah jumlah baju raya diberikan termasuk kepada pakaian untuk lelaki serta kanak-kanak.