Saturday, April 13, 2024

Penting Adanya Fadillah Yusof Sebagai TPM Untuk Seimbangkan Malaysia

Biar pun sudah lebih 60 tahun pemerintah di Malaysia peluang untuk mentadbir negara dengan cara sendiri, banyak isu di Borneo masih lagi ketinggalan.

Antara salah satu puncanya, pemimpin dari Semenanjung Malaysia kurang memahami tentang budaya, ekonomi serta struktur sosial masyarakat di Borneo.

Pelantikan Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam Kerajaan Malaysia Madani ibarat satu perubahan yang sudah lama diperlukan.

Hal ini demikian kerana beliau bukan sahaja cekap, berdisiplin dan berpengalaman malah merupakan anak watan di bumi Borneo faham tentang persekitarannya.

Dalam erti kata lain, kehadiran dan pelantikan Fadillah turut mampu memberi keseimbangan kepada Malaysia terutamanya dari aspek tadbir urus dan pelbagai lagi.

Namun untuk ke arah itu, Fadillah perlu rancak mengatur gerak kerja strategik agar nama serta jasa dan baktinya terus relevan dalam arena politik ini.

Keberanian Fadillah sebagai anak watan Borneo yang mampu memecah tradisi Kerajaan terdahulu wajar menjadi satu inspirasi buat setiap rakyat di Malaysia.