Saturday, April 13, 2024

Program Sinar Ramadan Bulan Bintang peruntuk hampir RM200,000 kepada golongan yang memerlukan

JENAMA Bulan Bintang terus menunjukkan komitmen dan tanggungjawab kepada masyarakat, dengan langkah berani memperuntukkan hampir RM200,000 untuk kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menerusi kempen Sinar Ramadan Bulan Bintang.

Program Sinar Ramadan Bulan Bintang mendapat kerjasama bersama Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang akan berkunjung ke tujuh buah lokasi di seluruh Malaysia.

Turut hadir dalam program kali ini adalah Hannah Delisha, Shukri Yahaya dan Nadhir Nasar selaku duta jenama Bulan Bintang bersama dengan menyediakan bubur lambuk kepada penghuni di sekitar Surau Al Mukmin.

Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, atau lebih mesra dipanggil Meri, menyatakan tahun 2024 memberikan kelainan di mana pihaknya memberi keutamaan kepada sumbangan kepada orang ramai.

“Ini adalah kali pertama kami melakukan CSR secara besar-besar di mana ini kami hanya memberi sumbangan wang ringgit dan ia dilakukan pihak lain. Namun tahun ini berbeza kerana tema kami ialah ‘give back to society’ di mana kempen ini sangat besar termasuklah cabutan bertuah.

“Dalam kempen Sinar Ramadan Bulan Bintang, kami telah melakukan CSR bersama OKU cacat penglihatan, ibu tunggal, miskin luar bandar, pelajar dan anak yatim.

“Untuk kempen ini kami belanjakan antara RM150,000 hingga RM200,000 termasuk pek bantuan makanan dan baju raya,” katanya ketika program Sinar Ramadan Bulan Bintang yang diadakan di Surau Al Mukmin, Bandar Saujana Putra, Selangor, pada petang Sabtu.

Dalam pada itu, Azzim turut menyatakan lebih 70 peratus hadiah cabutan bertuah bernilai RM3.2 juta telah dimenangi termasuk kereta, motosikal dan pakej umrah. Malah jelasnya, beberapa pakej umrah telahpun ditambah sebagai memenuhi impian pembeli bertuah.

“Pada mulanya kami hanya menyediakan lima pemenang untuk pakej umrah di mana setiap pakej boleh membawa pasangan. Namun sambutan sangat menggalakkan dan perasaan dapat tunaikan umrah itu sesuatu yang sangat berharga, tidak sama seperti menang kereta.

“Disebabkan itu kami tawarkan 10 pakej umrah di mana 20 orang akan berpeluang untuk tunaikan ibadah umrah. Harga bagi satu pakej ialah RM12,080 dan menjadikan jumlahnya RM241,600,” katanya. – REFLEKS!

Baca ini > Pertunjukkan Fesyen The Terrrrpaling Raya : Bulan Bintang Kekal Menjadi Trend Setter