Saturday, April 13, 2024

Aaron Aziz teruja arah filem pendek raya Bank Rakyat

PELAKON terkenal, Datuk Aaron Mustapha Aziz buat pertama kali tampil dengan arahan iklan raya menerusi filem pendek Bank Rakyat berjudul “Tulus Ikhlas” sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Aaron yang cukup sinonim dengan penglibatannya dalam naskhah filem atau drama aksi dan cinta kali ini digandingkan dengan pelakon dan model, Sharifah Husna Syed Mustaffa, di sampingdua orang pelakon cilik, Aaron Yusof Raj dan Adreana Jameela Raj.

Filem fiksyen pendek berdurai lebih 7 minit hasil terbitan Razor’s Edge Pictures Sdn Bhd ini mengisahkan mengenai kesedaran sosial oleh kanak-kanak berusia 10 tahun bernama Rayyan, tentang kemelut kehidupan anak-ank yatim yang tiada tempat berlindung serta kurang bernasib baik berbanding dirinya serta adik perempuannya.

Kata Aaron “Objektif  filem pendek ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pemahaman yang mendalam terhadap reality sosial dalam persekitaran mereka, mlingkungi rasa tanggungjawab individu daripada setiap peringkat umur untuk membantu golongan yang memerlukan.

Datuk Aaron Mustapha Aziz

“Realiti sosial merupakan sesuatu yang benar-benar berlaku dalam masyarakat kita dan antara reality sosial yang ketara adalah kemiskinan.” tambah Aaron lagi.

Filem pendek ini menekankan bahawa bulan Ramadan bukan sahaja tertumpu kepada ibadah dan puasa semata-mata, tetapi juga peluang bagi ibu bapa misalnya untuk memperkukuhkan kesedaran diri dan sosial anak-anak mereka, membina hubungan baik dengan pencipta dan sesame manusia, serta membantu masyarakat secara keseluruhan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani berkata, beliau percaya bahawa iklan raya Bank Rakyat kali ini yang membawakan nilai ihsan dan prihatin sejajar dengan konsep Malaysia MADANi mampu meninggalkan kesan mendalam dan impak positif kepada penonton.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani

“Sudah menjadi kelaziman setiap penonton disajikan dengan iklan raya yang sarat dengan masej setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri. Bank Rakyat juga saban tahun tidak ketinggalan mempersembahkan filem pendek raya menerusi arahan daripada barisan pengarah baharu bagi menghasilkan neratif serta jalan cerita yang segar dan relavan dengan trend dan situasi semasa.” ujar Nizam. – REFLEKS!

Baca ini > Fitrah, filem pendek raya terbitan Bank Rakyat bakal menyentuh hati penonton