Saturday, April 13, 2024

Sudah curang banyak kali, Aliff Aziz tetap tidak mahu ceraikan Bella

PEREMPUAN mana yang tidak terseksa dan makan hati dengan sikap suami yang sering kali bermain kayu tiga di belakangnya, paling menyedihkan si suami mempunyai hubungan dengan rakan baik isterinya sendiri.

Namun melihat aktres si kecik molek, Bella Astilla, sebagai seorang isteri tetap kuat menghadapi sikap suaminya, Aliff Aziz, walaupun sudah sering kali beri peluang. Bella cuma mahukan penceraian agar hatinya tidak terluka lagi sebagai seorang wanita.

Ketika di mahkamah syariah tadi bagi sebutan kes kedua cerai talak di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini kelihatan air muka Bella ‘lost’ apabila mengatahui Aliff engan menceraikannya.

Menurut laporan media, Aliff memerlukan masa untuk membuat keputusan dan akui masih sayangkan isterinya serta dua orang anak yang masih kecil.

‘’Ini bukan satu keputusan yang boleh saya fikir dalam satu hari (bercerai). Saya perlukan masa. Saya tak setuju (bercerai). Saya masih sayangkan Bella,” katanya.

Sebelum ini, Bella memfailkan perceraian terhadap Aliff secara ekpress pada 11 Mac lalu tetapi Juara Gegar Veganza musim ke 8 itu tidak hadir ke mahkamah pada hari sebutan pertama pada 13 Mac lalu.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3, Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun kembali rujuk ketika Bella dalam tempoh edah.

Terdahulu, rumah tangga Bella dan Aliff, sekali lag menjadi topik hangat apabila suaminya itu didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondomonium mewah di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Artikle Berkaitan :>

Kakak Ruhainis bakal ambil tindakan undang-undang pada netizen