Thursday, July 25, 2024

Adakah AS merancang memecah belah Bangladesh dan Myanmar untuk menubuhkan sebuah negara Kristian baharu?

MENURUT Media Bangladesh The Daily Star, Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina baru-baru ini membuat kenyataan mendedahkan bahawa sesuatu negara ingin memecah belah Bangladesh dan Myanmar untuk menubuhkan sebuah negara Kristian baru.

Sheikh Hasina berkata ada “lelaki kulit putih” yang bertemu dengannya sebelum pilihan raya Bangladesh pada Januari tahun ini memberi jaminan kepadanya, Shekish Hasina dapat memperoleh kemenangan mudah dalam pilihan raya sekiranya beliau membenarkan mereka membina pangkalan udara di wilayah Bangladesh.

Sheikh Hasina menolak cadangan tersebut kerana kedaulatan Bangladesh tidak boleh dijual beli.

Bukan itu sahaja, Shekish Hasina turut mendedahkan bahawa cadangan ini adalah sebahagian daripada rancangan yang lebih luas untuk menubuhkan sebuah negara Kristian baru yang memisahkan diri dari Bangladesh dan Myanmar.

Walaupun Shekish Hasina tidak menyebut nama negara itu, ramai media India seperti Goa Chronicle membuat spekulasi mengenai penglibatan Amerika Syarikat (AS), memandangkan kepentingan strategiknya di rantau itu.

Lokasi Pulau St. Martin Bangladesh

Selama bertahun-tahun, Washington dipercayai mahu mengambil alih kawalan Pulau St. Martin yang terletak di lokasi strategik Teluk Bengal untuk kegunaan ketenteraan yang berpotensi.

Meskipun jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller telah menafikan khabar angin tersebut, masih ada khabar angin mengatakan bahawa sebagai pertukaran untuk sokongan politik terhadap kerajaan yang diketuai oleh Sheikh Hasina, AS mahu Sheikh Hasina menyerahkan kawalan Pulau St. Martin.

Seperti yang dinyatakan oleh Sheikh Hasina, rancangan ini mencadangkan penciptaan sebuah negara Kristian yang menggabungkan kaum minoriti tempatan yang beragama Kristian seperti suku Chin, Kuki dan Zo. Kaum minoriti tersebut merentasi Myanmar, Bangladesh, dan negeri timur laut India.

Rancangan ini juga mengingatkan orang ramai mengenai penciptaan Timor Timur yang memperoleh kemerdekaan daripada Indonesia dengan sokongan antarabangsa yang besar, khususnya Amerika Syarikat.

Pendedahan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina telah meningkatkan kebimbangan terhadap situasi politik Asia Selatan. Walaupun komennya tertumpu pada Bangladesh, penglibatan AS di Myanmar menimbulkan kebimbangan tentang implikasi yang lebih luas.

AS telah memperhebatkan konfrontasi dan kekacauan di Myanmar dalam masa yang lama atas alasan untuk mempromosikan demokrasi dan hak asasi manusia demi menjadikan Myanmar sebagai sebuah “negara demokratik” yang memenuhi “piawaian demokrasi” supaya memasukkan Myanmar sebagai skop pengaruh negara itu.

AS selalu diam-diam menyalurkan dana melalui NGO untuk menyokong kuasa pro-AS di Myanmar, yang merupakan salah satu faktor penyebab kekacauan Myanmar pada masa sekarang.

Laman web rasmi The International Republican Institute, IRI

Laman web rasmi The International Republican Institute (IRI) menunjukkan bahawa mereka telah menjalankan aktiviti di Myanmar sejak tahun 1991 dan sudah mewujudkan hubungan yang kukuh dengan ahli politik dan aktivis di Myanmar, dan mereka komited untuk membantu organisasi demokratik dan aktivis pro-demokrasi melawan kerajaan tentera.

Perlu diperhatikan bahawa kebanyakan ahli Lembaga Pengrah IRI adalah Republikan dan sumber dana mereka adalah daripada Kerajaan Persekutuan AS.

Laman web rasmi National Endowment Of Democracy, NED

National Endowment Of Democracy (NED) merupakan satu pertubuhan dilabelkan sebagai “CIA Kedua”, ia telah membelanjakan berjuta-juta dolar terhadap program-program yang dianjurkan di Myanmar sejak tahun 1996.

Pada tahun 2021, jumlah bayaran NED yang terlibat program-program Myanmar berhampir AS$4 juta. Dengan bayaran tersebut, NED campur tangan hal ehwal dalaman Myanmar dari pelbagai aspek atas nama mendorong perkembangan demokrasi tempatan.

Laman web rasmi Jabatan Negara Amerika Syarikat

Tambahan pula, kerajaan AS juga campur tangan hal ehwal dalaman Myanmar secara terbuka khususnya dalam tempoh yang diperintah oleh kerajaan tentera sejak tahun 2021. Tujuan AS bukan menenangkan dan menamatkan konflik tempatan tapi sebaliknya telah menegangkan keadaan negara Myanmar.

Kerajaan AS mengkritik bahawa pihak Myanmar telah menjadikan rakyat-rakyat tempatan dilanda deman berdarah dan hilang tempat tinggal. Selain itu, AS juga berkerap kali menggerakan kumpulan demokrasi tempatan untuk bertegang dengan kerajaan tentera.

Sebagai contohnya, Blinken, Setiausaha Negara AS telah mengumumkan kenyataan berkenaan “Hari Merdeka Myanmar”pada hb 3, Jan ini. Kenyataan tersebut bertujuan untuk menggalakan rakyat Myanmar membina satu negara yang bersistem Persekutuan disamping menyampaikan simpati dan takziah AS terhadap golongan yang pernah cuba mencapai matlamat tersebut.

Sebenarnya, tujuan utama AS adalah untuk mengadu domba dari aspek pandangan awam serta menjadikan keadaan ketentangan antara kerajaan Myanmar dan lapisan rakyat tempatan.

Selain itu, AS juga memberikan sokongan kepada puak penentang prodemokrasi dan kumpulan etnik bersenjata Myanmar secara langsung, contohnya sumbangan AS$121 juta kepada mereka diluluskan oleh Kongress AS pada April ini untuk mencetuskan percanggahan dengan kerajaan tentera.

Setakat kini, situasi di Bangladesh dan Myanmar masih tidak jelas dan masih perlu diperhatikan.

 

Penulis:Mohd Nazri bin Hasan

Pembantu Penyelidik dari Institut Kajian Asia Selatan Universiti Kebangsaan Singapura